|
Post by winsiton86 on Jan 14, 2011 16:56:48 GMT -5
jika terdapat masalah kerosakan kemudahan di blok masing2 sila buat lapor kepada ketua blok masing2. anda sebagai penghuni blok patut bertanggungjawab terhadap blok anda.
kadang-kala ketua blok sibuk juga. anda tidak boleh mengharapkan ketua blok untuk membuat rondaan di blok setiap kali. paling kurang pun ketua blok boleh buat rondaan sekali seminggu atau pun sekali sebulan untuk melihat kerosakan di blok dan juga bilik penghuni blok tersebut.
setelah semua aduan mengenai kerosakan bilik atau di blok tersebut barulah kesemua aduan akan di kumpul dan di lapor kepada pihak yang berkenaan iaitu asli jati engineering.
jika kerosakan yang serius maka anda perlu membuat laporan terus kepada pekerja asli jati untuk tindakan membaiki dengan segera.
|
|
|
Post by winsiton86 on Jan 14, 2011 17:02:35 GMT -5
kemudahan di blok dan juga dibilik perlulah dijaga dengan baik. ini kerana bukan anda yang menggunakan kemudahan seperti mesin basuh, tandas, surau, bilik dan lain-lain.
pelajar - pelajar yang baru belajar di ums akan menghuni blok di kolej masing-masing. pelajar-pelajar baru akan tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di blok masing-masing jika pengguna blok tidak menjaga kemudahan di blok maisng-masing dengan elok.
penghuni blok masing-masing perlu ada sikap menjaga kemudahan seperti mereka menjaga buku mereka dengan elok malah di rumah sendiri boleh di buat demikian kenapa semasa tinggal di kolej kediaman tidak boleh anda lakukan. renung-renungkan wahai mahasiswa/i yang tingggal di kolej kediaman.
ubah sikap anda sebagai mahasiswa/i yang intelektual di universiti
|
|