|
Post by winsiton86 on Jan 14, 2011 20:26:23 GMT -5
PEMILIHAN OLEH PENSYARAH KEMUDIAN DI UNDI OLEH PENGUNDI
Pada pandangan saya, pemilihan JKM Kolej patut dilakukan dengan kaedah yang lain. Pemilihan calon di setujui oleh pensyarah yang mengenali calon tersebut. Kemudian di pilih oleh pengundi. Mcm pilihan raya sebenar.
Malangnya pemilihan melalui persendirian dan kemudian di pilih oleh pengundi tidak begitu efisien dan efektif. Jika di pilih oleh pensyarah dan mendapat kelulusan maka bakal-bakal calon ini mempunyai bakat dalam memimpin serta menghadapi cabaran yang akan datang.
Selepas itu di pilih oleh pengundi siapa yang layak menjadi pemimpin di peringkat kolej, universiti mahupun sekolah. Ini merupakan pandangan saya sahaja.
PEMILIHAN OLEH PENSYARAH SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMIMPIN
Kaedah yang lagi satu ialah pemilihan terus oleh pensyarah terhadap bakal pemimpin kerana mereka tahu sikap dan kredibiliti pelajar berkenaan memimpin dan menyahut cabaran.
|
|
|
Post by Azizul Julirin on Jan 17, 2011 3:59:05 GMT -5
salam to all. terima kasih kepada sesiapa yang berkenaan kerana telah mewujudkan platform untuk bertukar2 pandangan dan idea yang saya pasti tujuannya adalah untuk melihat generasi muda khususnya mahasiswa kolej AB sebagai ahli masyarakat yang bermanfaat kelak. Selaku mantan pemimpin mahasiswa, saya kurang bersetuju dengan cadangan saudara winston. saudara mencadangkan pemilihan pemimpin dibuat oleh pensyarah kemudiannya diundi oleh pengundi sebagai 'Mcm pilihan raya sebenar'. kenyataan tersebut sangat jauh daripada realiti sebenar. saya khuatir saudara tidak mengikuti perkembangan politik semasa sehingga mengeluarkan kenyataan tersebut. Mengenai cadangan tersebut, saya kurang setuju atas beberapa faktor: 1. Apa standard penilaian yang pensyarah akan buat dalam menilai kredibiliti, karisma & keupayaan seorang mahasiswa untuk menjadi pemimpin pelajar atau x? sila nyatakan. pensyarah bukan macam cikgu sekolah yang banyak masa diluangkan dengan pelajar. yang mana, mereka boleh menilai kepimpinan para pelajar yang berkredibiliti berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sehari2. tapi tidak bagi lecturer. melainkan, sebilangan pelajar yang rapat dengan mereka. dan ini mungkin akan menimbulkan bias. 2. kenyataan saudara 'pemilihan melalui persendirian dan kemudian di pilih oleh pengundi tidak begitu efisien dan efektif' juga adalah satu kenyataan yang kurang tepat. ruang demokrasi yang luas memberikan hak kepada setiap individu dalam masyarakat menonjol dan mencalonkan diri sebagai pemimpin dan seterusnya pemilihan dibuat dengan sistem pengundian. Dalam komuniti manusia yang lebih besar, pilihanraya diadakan. Sekiranya seorang bakal pemimpin mahasiswa perlu mendapat restu terlebih dahulu sebelum layak memimpin, saya seolah2 melihat ruang demokrasi yang disempitkan maknanya. apatah lagi kalau pemilihan terus dibuat oleh pensyarah, seperti sistem sekolah rendah pula rasanya. saya cuma ingin mengajak saudara dan kita semua untuk berfikir lebih jauh ke hadapan. mahasiswa perlu tampil dengan suara dan idea yang ideal dan relaistik untuk dikehadapankan kepada masyarakat. banyakkan membaca, menilai dan berinteraksi dengan masyarakat luar agar kita arif dan cakna kepada realiti yang menanti selepas bergraduasi nanti. salam hormat Azizul Julirin Mantan Exco kepimpinan & Latihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009
|
|
|
Post by mynur on Mar 6, 2011 6:38:24 GMT -5
i agree with azizul julirin comment
|
|
|
Post by BingBenonoike on Sept 26, 2020 10:57:26 GMT -5
|
|