|
Post by winsiton86 on Jan 14, 2011 19:33:20 GMT -5
pada pandangan saya, jika seseorang pelajar ingin mendapat penempatan banyak faktor yang terlibat. antaranya ialah
1 melibatkan diri dalam aktiviti kolej, universiti, sekolah dan juga kelab2 2 sumbangan yang besar terhadap universiti 3 jumlah bilik yang mencukupi untuk menampung pelajar universiti 4 memegang jawatan yang penting dalam universiti 5 tidak terlibat dalam masalah displin universiti
dan lain2 yang berkaitan
|
|
|
Post by narutochan on Jan 14, 2011 19:56:49 GMT -5
tidak juga... ada yg guna-guna link.. pun boleh dapat... haiz... dunia22 skrg.. org sepatutnya dapat.. x dapat yg sepatutnya x dapat.. boleh dapat... segelintir yg saya tengok... x join mana22 aktiviti pon boleh dapat... saya rasa, kebanyakkan random take... guna system komp... tekan stop... then keluar satu list nama.. itulah yg dapat penempatan... macam cabutan hadiah bertuah pula.. adoi222
|
|
|
Post by pelajar prihatin on Jan 14, 2011 20:55:10 GMT -5
wah kalau gitu mcm2 masalah byk yg layak x dpt aish2 apa dah jadi
cadangan yg paling sesuai ialah 1 melihat aktiviti yg telah mereka sertai 2 jawatan yang di sandang 3 sumbangan terhadap universiti, kolej mahupun sekolah 4 pemilihan yg lebih telus dan adil oleh pihak berkenaan
dan lain2 yg berkaitan
|
|
|
Post by Pelajar UMS baini on Jan 15, 2011 19:08:50 GMT -5
saya tidak bersetuju,sedangkan saya sering aktif mengikuti aktiviti kolej pun tidak dapat
saya sependapat dengan narutochan, rasanya mereka guna sistem random untuk memilih pelajar yang "layak".kawan saya yang dahulunya NR cuma mengisi borang online di SMP dan terus diterima,sedangkan saya sudah menghantar surat permohonan, surat rayuan dan segala kupon ke pejabat kediaman namun tetap juga tidak dapat.
saya juga ada mengikuti MABES yang konon-kononnya mempromosi sesiapa yang mengikuti akan mendapat jaminan kolej kediaman.tapi tengok sajalah,sampai sekarang saya terpaksa menumpang bilik kawan.mahu sewa di luar tidak mampu.
oleh itu saya rasa sudah tidak guna saya ikut apa-apa aktiviti sekarang.aktif pun tapi sistem pemilihan tidak adil,mahu buat macam mana?
-sylpo-
|
|
|
Post by Pelajar UMS baini on Mar 2, 2011 7:05:20 GMT -5
langsung tiada siapa mahu membalas penyataan saya itu? maknanya anda bersetuju la? sungguh mengecewakan.
|
|
|
Post by mynur on Mar 7, 2011 14:14:07 GMT -5
Dear pelajar ums baini, sy faham perasaan anda dan situasi anda yg telah aktif tp masih xdpt kolej kediaman...tp jgn la ba smpai langsung xnak aktif. jika alasan aktif atau x benar2 tujuan utamanya nak mendapat tempat di kolej kediaman, sy rsa itu kurang benar sbb kita berprogram bukan semata-mata nak dpt kolej kediaman, tp nak timba pengalaman, latih diri dlm berorganisasi, dunia kepimpinan, komunikasi dsbg. sy rsa anda tahu mngenai itu. jadi teruskan aktif ya sy akui bnyak kes2 spt anda juga berlaku pelajar xdpt kolej kediaman walaupun telah aktif dgn bnyak aktiviti. lagi parah bila seperti tahun lepas ada mpp yg xdpt kolej kediaman. ini menunjukkan kpd kita bhw pemilihan utk kolej kediaman sbnrnya belum cukup efisien dan sistematik disebabkan masih ada lagi kes2 keciciran berlaku walaupun ada beberapa kriteria yg dimaklumkan kpd kita akan dilihat sblum ditapis utk penempatan kolej kediaman. sejauh mana ketelusannya sy xmampu menilai sbb sy tdk tahu menahu mngenainya scr keseluhan perlaksanaannya. namun apa yg sy cdgkan ialah penting utk kita suarakan kpd bhg pejabat pentadbiran ab sendiri mngnai isu ini. hntar surat rasmi lagi baek. atau hntar cdgn2 penambahbaikan/cara mengatasi ke bhg perumahan...klu xda cdgn pun sekurang2nya ada la jugak suara2 smpai kat pihak sepatutnya...k! lg satu klu xdpt kolej gak, tumpang jak bilik kwan2, nt pndai2 la. nak buat cemana kita kan nak belajar, klu xda bilik cemana la nak bertahan kat ums nih. klu xdpt jgk, buat la demo ka... papun jgn smpai 'ke aktifan' anda hilang sbb anda sdah hilang percaya dgn sistem pemilihan penempatan kolej ab. ingat bhw kita dibawah satu komuniti yg sma, komuniti ab yg sentiasa mahukan pembangunan kemahasiswaan. so teruskan semngat kemahasiswaan anda itu digilap. nnt klu sy ada idea lg sy btau, k!
|
|
|
Post by winsiton86 on Mar 7, 2011 17:16:34 GMT -5
sistem pemilihan pelajar mendapat kolej kediaman di ums tidak begitu berkesan. sampai skrg masih tidak diketahui pengurusan membuat pemilihan pelajar mendpt tempat di kolej kediaman. terdpt kwn yg hanya aktif dlm satu program tapi dpt kolej sudah. ada org aktif lebih 10program tapi x dpt kolej. ini menunjukkan kelemahan sistem pemilihan pelajar mendpt kolej kediaman.
kecuali pelajar2 tersebut mewakili ums dlm bidang sukan, akademik dan lain2 ada peluang tinggi mendapat kolej kediaman.
|
|
|
Post by winston on Mar 7, 2011 23:03:02 GMT -5
pada pandangan saya, wajar sistem yg lebih berkesan utk merekodkan segala aktivit pelaja yg terlibat dlm apa2 shj program. kemudian di simpan dlm pangkalan data maklumat pelajar. ini dpt memudahkah pengurusan kolej mengetahui apa aktiviti dan sumbangan yg telah di buat oleh pelajar tersebut yg blh melayakkan diri mendpt penempatan di kolej kediaman.
perkara lain juga perlu diambil kira seperti keputusan setiap semester, displin dan lain2 perkara yg blh dikaitkan...
|
|